KELAS ICT- Microsoftwords (Kaedah Menaip) Bahagian 2
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17/08/2024, bersamaan dengan hari Sabtu pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT Microsoftwords bahagian 2. Pada kelas ini, para pelajar diberi tunjuk ajar cara menaip, dan membuat ayat karangan dengan baik. Pengajar juga memberi pendedahan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoftwords ini. Selain itu, mereka dapat belajar cara menerangkan ayat, memilih font yang sesuai, memasukkan gambar dan sebagainya.
Dengan adanya pengajaran secara intensif seperti ini, para pelajar yang datang dapat mengalami serta mempelajari langsung daripada pengajar NADI. Kelas ini berlangsung pada jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: